Kenangi ayah dlm doa kita.
PESAN BONDA TENTANG AYAH:
( maaf tak tahu siapa pengarang asalnya - Dr Har dpt nukilan doa kudus ni forwarded dari Ustz Zul)
Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Bonda..
Kerana, Cinta nya
dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Bonda hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta Bonda.
Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu..
Kasihi dan hargailah pengorbanannya
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu dan ayah!
Tuesday, January 21, 2014
Saturday, January 18, 2014
PROSIDING KAJIAN TINDAKAN SAYA
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBEZAKAN ‘DARI’ DENGAN ‘DARIPADA’ MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF BAGI MURID TAHUN 4 DELIMA
ROZANA BINTI MOHD YUSOF
PROSIDING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
DISEMBER 2013
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBEZAKAN ‘DARI’ DENGAN ‘DARIPADA’ MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF BAGI MURID TAHUN 4 DELIMA
Oleh:
Rozana
binti Mohd Yusof
IPG
Kampus Sultan Abdul Halim
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu
meningkatkan kemahiran membezakan kata
sendi nama ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam pembelajaran koperatif bagi murid daripada
Tahun 4 Delima Sekolah Kebangsaan Changkat Tin, Tanjong Tualang Perak. Kumpulan
sasaran kajian saya ini melibatkan 12 orang murid yang terdiri daripada 6 orang
lelaki dan 6 orang perempuan. Data dianalisis secara deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah Ujian 1, Ujian 2 dan hasil temu bual
dengan murid. Hasil analisis data
mendapati murid menunjukkan peningkatan.
Dalam Ujian 1, 7 orang pelajar lulus manakala dalam Ujian 2 kesemua 12 orang telah
lulus dengan 5 orang memperoleh markah cemerlang. Oleh itu, pengajaran
koperatif ini boleh digunakan bagi meningkatkan kemahiran membezakan
penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam ayat Bahasa Melayu.
Kata kunci :
membezakan penggunaan ‘dari’
dengan ‘daripada’,
menggunakan pembelajaran
koperatif.
Pengenalan
Kata sendi nama
adalah terdiri daripada golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa
nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu frasa atau perkataan dengan
frasa atau perkataan yang lain. Menurut
Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008) kata sendi bermaksud perkataan yang
diletakkan di hadapan frasa nama dengan mempunyai tugas atau fungsi tertentu.
Penguasaan tatabahasa dengan baik
adalah amat diperlukan untuk membolehkan kita
menggunakan bahasa dengan berkualiti sama ada dilahirkan secara
pengucapan atau bertulis. Dalam bidang pendidikan, tatabahasa tidak lagi dilihat
sebagai unsur terasing dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa,
sebaliknya unsur asas yang mendasari setiap kemahiran berbahasa yang dipupuk
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Awang Sariyan, 1991:754). Selain itu, penulisan yang baik dengan
tatabahasa yang betul dapat menampilkan imej seseorang lebih baik atau
institusi yang berwibawa. Kesalahan
dalam penggunaan kata sendi merupakan salah satu daripada kesalahan tatabahasa
yang sering didapati. Antara kata sendi
yang menjadi masalah ialah kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ yang mana setiap
satu membawa
maksud yang berbeza.
Menurut
Za’ba (2000), ada beberapa kata sendi nama yang digunakan secara salah,
antaranya termasuklah ‘dari’ dan ‘daripada’.
Kesalahan tatabahasa ini bukan sahaja
berlaku dalam kalangan murid di bilik darjah tetapi juga orang dewasa. Ini disebabkan ramai yang masih belum dapat
menguasai rumus-rumus tatabahasa yang telah dipelajari. Masalah ini menjadi lebih serius jika tidak
diberi perhatian. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi akan dicemari.
Fokus
Kajian
Kajian ini telah
difokuskan pada masalah membezakan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam
ayat. Ini disebabkan dalam kalangan
murid Empat Delima didapati kerap melakukan kesilapan akibat kekeliruan apabila
membina ayat yang mengandungi kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Murid tidak dapat membezakan sama ada ingin
menggunakan kata sendi ‘dari’ ataupun ‘daripada’. Contoh kesilapan yang dilakukan seperti ‘daripada
Ipoh’, ‘dari ayah’ dan ‘daripada semalam’.
Objektif
Kajian
a. Objektif
Umum
Meningkatkan kemahiran membezakan
penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu.
b. Objektif
Khusus
1. Meningkatkan
kemahiran membezakan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ menggunakan pembelajaran
koperatif.
Soalan Kajian
- Adakah
kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran membezakan kata
sendi ‘dari’ dan ‘daripada’?
Tinjauan
Literatur
Pembelajaran koperatif ialah satu proses
pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar dalam kumpulan kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan ini dikehendaki
bekerjasama untuk memperlengkapkan dan memperluaskan pembelajaran diri sendiri
dan juga ahli yang lain. (Esah Sulaiman, 2004)
Menurut Gardner (2002), kaedah belajar secara
berkumpulan merupakan kaedah yang sangat berguna dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran. Kumpulan belajar yang
distruktur dengan baik adalah sangat efektif untuk mencapai bilik darjah yang
inklusif.
Manakala Slavin (Isjoni,2006) pula ada
mengatakan bahawa koperatif adalah suatu model pembelajaran di mana kanak-kanak
belajar dan bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil secara kerjasama yang
anggotanya 4-6 orang dengan struktur kelompok heterogen.
Pembelajaran koperatif pada dasarnya
percaya bahawa pembelajaran menjadi sangat efektif apabila pelajar terlibat
secara aktif dalam berkongsi idea dan bekerja secara koperatif dalam
menyudahkan tugasan akademik (Effendi Zakaria & Zanaton Iksan,2007). Pendapat ini turut disokong oleh Johnson dan
Johnson (1991) yang mengatakan pembelajaran koperatif melibatkan pelajar
bekerjasama dalam mencapai objektif pelajaran.
Za’ba (2000) menyatakan,“Ada beberapa
perkataan kata sendi nama yang orang-orang kerap tersilap memakainya, antaranya
termasuklah ‘dari’ dan ‘daripada’ tidak betul mengikut kehendak
resaman bahasa Melayu, terutama dalam karangan”.
Demikian juga Awang Sariyan (1981)
mendapati bahawa terdapat beberapa kata sendi nama yang sering digunakan dengan
salah iaitu antaranya ‘dari’ dan ‘daripada’.
Metadologi
Kajian
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai dua
belas orang yang terdiri daripada murid Tahun 4 Delima. Peserta kajian terdiri daripada enam orang
lelaki dan enam orang perempuan. Mereka mempunyai purata umur dalam lingkungan
sepuluh tahun. Prestasi akademik peserta
kajian berada di tahap sederhana dan lemah. Semua peserta kajian terdiri daripada bangsa
Melayu dan tinggal di kawasan kejiranan berhampiran dengan sekolah.
Cara Pengumpulan Data
Ujian
1 dan Ujian 2
Ujian 1 dijalankan sebelum memulakan
sebarang tindakan dan bertujuan untuk mengesan masalah kata sendi ‘dari’ dan
‘daripada’ yang dihadapi. Manakala, Ujian
2 dijalankan selepas selesai semua tindakan dan bertujuan untuk menentukan
penggunaan akronim dalam pembelajaran koperatif dapat membezakan kata sendi ‘dari’ dengan
‘daripada’. Soalan-soalan yang dibina dalam Ujian 2 adalah soalan yang sama dengan
Ujian 1.
Temu
bual
Temu bual dijalankan sebelum dan selepas
tindakan dijalankan. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui kemahiran peserta
kajian menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ menggunakan pembelajaran
koperatif.
Pelaksanaan
Tindakan
AKTIVITI
|
MODEL
KURT
LEWIN
|
Ujian
Diagnostik iaitu keputusan ujian
pertengahan tahun
|
Tinjauan Awal
|
Membuat
analisis tentang dapatan ujian diagnostik dan mengesan masalah.
|
Mereflek
|
Ujian
1 dan memilih peserta kajian yang
bermasalah. Membuat temu bual awal .
|
Merancang
|
Mengajar
kata sendi ‘dari’ yang digunakan untuk
menerangkan ‘masa’, ‘arah’ dan ‘tempat’.
|
Bertindak
|
Mengajar
kata sendi ‘daripada’ yang digunakan
untuk menerangkan ‘sumber’, ‘perbandingan’, dan ‘manusia, haiwan atau benda’.
|
|
Membezakan
kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’
dengan menggunakan peta minda.
|
|
Ujian
2 dan membuat temu bual ke atas peserta kajian.
|
|
Analisis
Data
|
Membuat rumusan dan perbincangan
|
Tindakan
1- Ujian 1 dan temu bual
Ujian 1 dijalankan untuk melihat sejauh
mana pengetahuan peserta kajian tentang kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Pengkaji telah menjalankan Ujian 1 yang
mengandungi 25 soalan daripada tiga bahagian iaitu bahagian A memilih jawapan yang betul,
bahagian B soalan aneka pilihan, manakala bahagian C mengisi tempat kosong
dengan kata sendi nama ‘dari’ atau ‘daripada’ Seramai dua puluh satu orang murid telah
membuat ujian ini dan pengkaji telah mengenal pasti dua belas orang murid untuk
dijadikan sebagai peserta kajian. Markah
peserta kajian direkodkan. Pengkaji
membuat temu bual awal dengan peserta kajian.
Tindakan
2 – kata sendi ‘dari’
Pengajaran dijalankan secara pembelajaran
koperatif menggunakan aktiviti jigsaw dan meja bulat. Penerangan tentang kata sendi ‘dari’ yang
menunjukkan masa.. Menegaskan penggunaan
huruf M untuk menunjukkan masa. Seterusnya
diperkenalkan pula kata sendi ‘dari’ yang menerangkan arah dan tempat. Pengkaji menegaskan penggunaan huruf A untuk
menunjukkan arah dan T untuk menunjukkan tempat. Pada akhir pengajaran, pengkaji menegaskan
semula tentang pengunaan kata sendi ‘dari’ yang menggunakan huruf iaitu M untuk
masa, A untuk arah dan T untuk tempat. Maka
bagi kata sendi ‘dari’ peserta kajian hanya ingatkan akronim ‘MAT’ sahaja.
Pengajaran dijalankan selama dua hari.
Tindakan
3 – kata sendi ‘daripada’
Pengajaran dijalankan secara pembelajaran koperatif
menggunakan aktiviti pembelajaran bersama dan meja bulat. Pengkaji menerangkan tentang penggunaan
‘daripada’ yang menunjukkan perbandingan.
Menegaskan tentang penggunaan P untuk perbandingan. Seterusnya,
penggunaan ‘daripada’ yang menunjukkan manusia,haiwan dan benda dan penegasan
pada huruf M yang melambangkan manusia. Akhir sekali, penggunaan ‘daripada’
yang digunakan untuk sumber semula jadi. Penegasan huruf S untuk sumber. Pada akhir
pengajaran, pengkaji menegaskan semula tentang penggunaan kata sendi ‘daripada’
menggunakan huruf S untuk sumber, P menerangkan perbandingan dan M menunjukkan
manusia. Maka bagi kata sendi ‘daripada’
peserta kajian hanya ingatkan akronim ‘SPM’ sahaja. Pengajaran dijalan selama tiga hari.
Tindakan
4 – membezakan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’
Dengan menggunakan peta minda, pengkaji
menguji penguasaan peserta kajian dalam membezakan penggunaan kata sendi ‘dari’
dengan ‘daripada’. Menerangkan cara
mudah untuk peserta kajian mengingat penggunaan ‘dari’ dengan ‘daripada’ iaitu
menggunakan akronim “MAT’ untuk ‘dari’ dan ‘SPM’ untuk ‘daripada’. Sepanjang sesi pengajaran pengkaji menggunakan
pembelajaran koperatif bagi aktiviti meja bulat.
Tindakan
5 – Ujian 2 dan temu bual
Ujian 2 dijalankan dengan soalan yang
sama dengan Ujian 1. Tujuan dijalankan Ujian
2 ini adalah untuk
menilai kemampuan peserta kajian dalam membezakan kata sendi ‘dari’ dengan
‘daripada’, setelah menjalani enam sesi pengajaran dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Pengkaji menjalankan
temu bual bersama peserta kajian. Data-data
yang dikumpul dan dianalisis bagi membolehkan penambahbaikan dan juga
penyelesaian yang baru dapat dijalankan.
Dapatan Kajian
Soalan
Kajian 1 : Adakah kaedah pembelajaran
koperatif dapat meningkatkan kemahiran membezakan kata sendi ‘dari’ dan
‘daripada’?
Peserta
kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’
dengan baik. Pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif dalam pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang
dijalankan sepanjang pengajaran kata sendi ‘dari’dan ‘daripada’ dan peserta
kajian telah menunjukkan peningkatan yang baik. Mok (1990)
menyatakan pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan dapat meningkatkan
lagi motivasi belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa kelebihan. Setiap aktiviti
pengajaran dilekatkan dalam buku ‘Mari Fikir Bersama’. Antara aktiviti yang dijalankan dan yang
terdapat dalam buku ‘Mari Fikir Bersama’ adalah seperti:
Aktiviti
kajian dijalankan
secara berperingkat-peringkat. .Menurut Gagne, (1986,dalam Boon Pong Ying,2009)
pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu dengan menyusun peringkat
pembelajaran daripada peringkat asas kepada peringkat lebih kompleks. Oleh yang
demikian, bagi menjalani setiap peringkat, murid sangat memerlukan satu medium
yang boleh menjadi pemangkin dalam proses pembelajaran berperingkat tersebut. Dapatan ini menunjukkan kaedah yang digunakan
oleh pengkaji bagi meningkatkan kemahiran kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’
begitu berkesan. Ini diperkuatkan dengan
temu bual yang telah dijalankan kepada peserta kajian.
Jika dilihat daripada temu bual yang
telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian lebih mudah memahami kemahiran
yang diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. Ini dapat dilihat dalam Jadual
1 di mana peserta kajian sebahagian besar telah menguasai penggunaan kata sendi
‘dari’ dengan ‘daripada’. Dalam Rajah 1 pula 100% peserta kajian suka
belajar secara berkumpulan berbanding secara individu. Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran
koperatif ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan
keseronokan kepada mereka. Peserta
kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama ahli kumpulan. Menurut Sandra dan Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang untuk
belajar dalam kumpulan. Selain itu,
peserta kajian juga dapat bekerjasama dan melahirkan idea-idea dengan berkesan.
Jadual 1
Dapatan
catatan mengenai temu bual yang dijalankan
Soalan
(Aspek)
|
Catatan
|
Soalan 1
(Minat/faham)
|
§ 11/12 orang
peserta kajian mengatakan ya, mereka minat dan faham apa yang guru ajar.
§ 1/12 orang murid
mengatakan tidak minat
|
Soalan 2
(Minat/suka
pembelajaran melalui aktiviti kumpulan)
|
§ Kesemua 12 orang
peserta kajian mengatakan ya
mereka minat dengan pembelajaran
melalui aktiviti koperatif atau
berkumpulan.
|
Soalan
3 (Pemahaman/kerjasama
rakan-rakan)
|
§ Kesemua 12 orang
peserta kajian mengatakan ya
mereka setuju bantuan rakan dapat
meningkatkan kemahiran kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ menggunakan akronim
MAT dan SPM.
|
Soalan 4
(Pemahaman maksud MAT dan SPM/ seronok melalui aktiviti berkumpulan)
|
§ 10/12 orang peserta kajian
mengatakan ya mereka seronok belajar
secara berkumpulan dan faham apa yang dimaksudkan dengan istilah MAT dan SPM.
·
2/12
daripada peserta kajian menyatakan tidak
pasti.
|
Soalan 5
(cara pengajaran guru
membantu dalam menjawab soalan
kata sendi nama.)
|
§ 10/12 daripada peserta kajian
mengatakan ya, pengajaran guru
boleh membantu meningkatkan pemahaman
dalam kata sendi ‘dari’
dengan ‘daripada’.
§ 2/12 orang mengatakan tidak kerana kurang pasti dapat
mengaplikasikannya semasa menjawab soalan.
|
Dapatan kajian juga menunjukkan peserta
kajian dapat memahami, mengingat dan meningkatkan kemahiran mereka tentang perbezaan
penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu dengan
menjalankan pembelajaran koperatif seperti yang telah pengkaji laksanakan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2 yang merupakan
hasil dapatan Ujian 1 dan Ujian 2 yang menunjukkan peningkatan. Selain itu perbandingan markah seperti dalam Jadual
2 di bawah jelas menunjukkan pembelajaran koperatif yang digunakan oleh
pengkaji dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam membezakan
penggunaan ‘dari’
dan ‘daripada’. Dapatan ini selari
dengan pandangan Simah Mamat (2009) yang mengatakan kekuatan
kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan
keseronokan kepada pelajar dan pada masa yang sama pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti
membolehkan mereka bergerak dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan
suasana pengajaran dan pembelajaran.
Rajah
2. Dapatan
Ujian 1 dan Ujian 2
Jadual 2.
Perbandingan peratusan keputusan Ujian 1 dan
Ujian 2
__________________________________________________________________ ___
Pencapaian Ujian
1 Peratus
Ujian 2
Peratus PerbezaanPeratus
(bil. murid) (%)
(bil.
murid) (%)
tambah(+)/turun(-)
____________________________________________________________ __
Cemerlang
80%-100
0 0 5
41.7 +41.7
Baik
60% -
79% 1 8.3 5
41.7 +33.4
Sederhana
40% -59%
6
50.0
2
16.7 -33.3
Tidak
Memuaskan
5 41.7 0 0 -41.7
20%-39%
Lemah
0%-19 0 0 0 0 0
Jika dilihat daripada markah yang
diperoleh dalam Ujian 1 dan Ujian 2 terdapat perbezaan yang agak ketara. Di
mana peserta kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik,
sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam
Ujian 1 ialah seramai 7 orang dan peratusan
adalah sebanyak 58.3%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian 2 seramai
12 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan
sebanyak 41.7%.
Kejayaan penggunaan pembelajaran
koperatif ini dapat dilihat juga dalam kajian Klimovien,et.al.(2006) di mana
melalui kajian yang dijalankan didapati keputusan pelajarnya meningkat daripada
32 orang (35%) kepada 57 orang (63%) setelah pembelajaran koperatif digunakan.
Menerusi kajian ini, mereka telah membuat kesimpulan bahawa pelajar yang
menguasai pembelajaran secara koperatif secara tidak langsung akan menguasai
kemahiran berfikir secara kritis.
Refleksi
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam membezakan kata sendi ‘dari’
dengan’ daripada’ dengan menggunakan pembelajaran koperatif. Secara keseluruhan,
kajian ini telah mencapai objektif. Keputusan
yang diperoleh menunjukkan peningkatan iaitu daripada 58.3% kepada 100%. Menerusi
temu bual dan ujian yang dijalankan telah menunjukkan perubahan positif oleh
kebanyakan peserta kajian. Peserta
kajian tertarik dan lebih cenderung melakukan aktiviti kumpulan berbanding
pembelajaran sehala atau berpusatkan guru. Peningkatan ini telah dijadikan sebagai kayu ukur
penggunaan keadah pembelajaran koperatif telah mampu meningkatkan penguasaan
membezakan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa
Melayu. Namun masih ada peserta kajian
yang memerlukan bimbingan. Terdapat dua orang peserta kajian yang masih di
tahap sederhana dan agak lambat. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada rakan
sekumpulan telah banyak mengubah mereka menjadi lebih aktif dan berkeyakinan.
Cadangan Kajian Seterusnya
Dalam
mengembangkan lagi tahap keyakinan kendiri murid, pengkaji ingin mencadangkan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif “Think
–Pair-Share”. Kaedah
yang pengkaji ingin cadangkan ini seakan-akan kaedah yang pengkaji gunakan dalam
kajian ini, tetapi terdapat sedikit penambahbaikan dari segi penglibatan
beberapa orang murid yang kurang aktif.
Contohnya, dalam kumpulan berempat, murid dipecahkan kepada dua
pasangan. Murid dikehendaki berbincang
dengan pasangan. Seterusnya,
perbincangan secara kumpulan pula dijalankan. Pengkaji juga merasakan kaedah
pembelajaran koperatif “Think
–Pair-Share” ini adalah sesuai sebagai kesinambungan daripada penggunaan
pembelajaran koperatif yang telah dijalankan.
Melalui
kaedah ini, dapat mengalakkan murid berkongsi idea dengan rakan sepasukan
sebelum menjawab soalan yang dikemukakan. Selepas perbincangan dengan pasangan,
murid akan berbincang dan berkongsi jawapan dengan murid lain dalam kumpulan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji berjaya mencapai
kedua-dua objektif yang dinyatakan dalam kajian ini. Tindakan yang dijalankan telah berjaya
meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam membezakan penggunaan ‘dari’ dan
‘daripada’. Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini telah memberi kesan
yang baik dan positif terhadap peserta kajian. Kaedah
pembelajaran koperatif
telah dapat membantu peserta kajian membuat hubung kait antara perbezaan kata
sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dan merealisasikan dalam ayat mengikut struktur
yang betul semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Kajian
ini juga dapat membantu guru dalam memastikan setiap pembelajaran yang
dirancang berjaya dicapai oleh semua murid. Pengkaji berharap
semoga kajian pengkaji ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada
pengkaji dan pembaca-pembaca yang lain.
Rujukan
Arbak
Othman.(1981).Tatabahasa Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Awang Sariyan.(1981).Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia
Edisi Permulaan.
Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise.
Awang Sariyan.(1991).Bahan Pengajaran Tatabahasa Secara Terancang
dalam Pendidikan
Bahasa Melayu.
Jurnal Dewan Bahasa
35(9), 754-785.
Effandi Zakaria & Zanaton
Iksan.(2007).Promoting Cooperative
Learning in Science and
Mathematics Education: A Malaysian
Perspective.Eurasia Journal of Mathematics,
Science
&Technology Education,3(1),35-39.
Esah Sulaiman.(2004).Pengenalan Pedagogi. Selangor:Penerbitan
UTM.
Gardner,P.(2002).Strategies and Resources for Teaching and
Learning in Inclusive
Classroom.
Landon:David Fulton Publishers.
Isjoni,
I.(2006).Pendidkan Sebagai Investasi Masa
Depan. Jakarta, Indonesia: Yayasan Obor.
Ismail
Said.(2009).Kaedah Pemelajaran Koperatif
Sekolah Rendah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Izani
Haji Daud.(2002).Bahasa dalam Kalangan
Kanak-kanak Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus
Dewan , Edisi Keempat.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok
Soon Sang.(1992).Pemulihan, Pengayaan dan
Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roselan
Baki.(2003).Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Karisma Publication
Sdn. Bhd.
Simah
Mamat.(2009).Diterima pada 2013 Februari
2.
Snyder & Sandra S.(2006).“Cooperative Learning Group in the Middle
School Mathematics
Classroom”, Action
Research Projects, Paper 30
Zainal
Abidin Ahmad.(1962).Ilmu Mengarang
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad.(2000).Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 – lll.
Petaling Jaya: Sasyaz Holdings Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)