Monday, September 26, 2011

Assighment Bhg D : Kekangan Yang Perlu Dihadapi Oleh Guru Bagi Merealisasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui TMK Dan Cara-Cara Mengatasinya.

                                                                            PENGENALAN

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikiran dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat diperlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu dan memudahkan manusia melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa:

           “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”.

Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudah tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan  pembelajaran.


Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.


Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepat proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.


Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya. Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudah proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah ke pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini,  para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996). Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara
global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan.

                                                                APAKAH ITU KOMPUTER?

Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima maklumat, menggunakan beberapa prosedur pemprosesan dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.


                                           SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.


Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan e-pembelajaran
(e-learning).


Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak mungkin terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran. Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.


Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat “pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana pemikiran pelajar ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu. Pelajar perlu menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala tindakan.


Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.
Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber yang mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.


 CABARAN DAN KEKANGAN  DALAM MEREALIASASIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Walaupun terdapat pelbagai keistemewaan menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran, namum terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran komputer.  Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.  Di samping itu, terdapat juga permasalahan dari segi ‘hardware’ untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995). Pengajaran Bahasa Melayu tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).  Walaupun pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namum masih terdapat beberapa kekangan yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran.

Masalah ini termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu seperti lisan, membaca dan menulis.  Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Oleh hal demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer  dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.  Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantukan komputer.  Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan  pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

Dalam pengajaran bahasa, saya tidak nampak masalah menggunakan komputer dalam pengajaran.  Guru jangan terlalu takut menggunakan komputer dan tidak mahu belajar menggunakannya. Sebenarnya pembelajaran menggunakan komputer lebih menarik minat murid dan pemahaman mereka. Guru hanya perlu bersedia dengan bahan yang sudah di “download” dan disimpan dalam laman web sendiri dan bila sampai masa pengajaran tayangkan sahaja. Jika kita mahu tentu kita boleh melakukan.
 Memang tidak dapat dinafikan kekangan dalam penggunaan komputer di sekolah  amat ketara. Bukan sahaja permasalahan tersebut kepada guru tetapi juga pada keadaan semasa pengajaran. Antara masalah yang ketara ialah masalah  jadual penggunaan makmal komputer yang tidak menyebelahi guru-guru bahasa.  Sebagai guru di sekolah kita mempunyai hak yang sama untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Tidak bermakna peralatan PPSMI hanya boleh digunakan oleh guru-guru PPSMI sahaja. Cuma guru bahasa Malayu perlu bijak merebut peluang dalam hal ini. Memang tidak dinafikan bahawa guru-guru bahasa Melayu agak tertinggal dalam hal ini tetapi kita dapat mengatasi hal ini dengan melakukan perubahan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer amat menarik jika kita bijak mengaplikasikannya dalam kelas. Malah pada saya sebagai guru bahasa banyak perkara yang boleh kita terokai melalui teknologi maklumat. Bak kata orang, “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”.
 Selain itu, bukan semua kelas di sekolah boleh menggunakan komputer kerana peralatan seperti LCD di sekolah yang berkurangan dan telah rosak.  Guru juga tidak didedahkan dengan cara penggunaan LCD tersebut dengan betul. Begitu juga dengan sistem aliran elektrik,  bukan semua kelas mempunyai  sistem aliran eletrik yang elok terutama bagi sekolah-sekolah yang terletak di luar-luar bandar di mana aliran elektrik tidak di naik tarafkan dan telah lama tidak di ubahsuai. Sekolah juga terlalu menekankan ‘exam oriented’ dan sukatan pelajaran yang terlalu padat menyebabkan guru tidak dapat mempelbagaikan pengajaran tetapi sebaliknya terlalu menekatkan untuk menghabiskan sukatan bagi tahun semasa.
 Penggunaan komputer  dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun,  penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberi perhatian.  Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutunya diberi perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.  Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan  perlu dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Meskipun guru-guru bersedia mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama berbantukan komputer, malangnya kekangan dari segi peralatan membantutkan hasrat tersebut. Pihak KPM harus melihat isu ini dengan lebih serius sekiranya mahu menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia.
 Senario pendidikan pada hari ini penuh cabaran. Institusi pendidikan bagaikan rumah kaca yang menjadi tatapan orang ramai di sekelilingnya. Kelemahan dan kecemerlangan institusi pendidikan sering menjadi buah mulut sehingga keperluan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru amat mendesak. Hal yang paling asas dengan kejaya sebagai guru dan paling berkaitan dengan murid ialah pengajaran dan pembelajaran.  Bagaimanakah hal ini boleh dicapai oleh seorang guru, terutamanya guru mata pelajaran Bahasa Melayu?
 Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada beberapa perkara yang boleh menjadi kekangan kepada pelaksanaannya.  Antara kekangan yang ketara ialah kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.  Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di mana perisian untuk pelajaran bahasa masih amat terhad.
 Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi salah satu perkara yang penting bagi setiap guru.   Penggunaan teknologi ini mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik.  Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara. Sungguhpun demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat.  Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa agak kurang pengetahuan dan pendedahan dalam bidang teknologi maklumat ini. Dengan ini, guru tersebut tidak mahir umtuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan teknologi maklumat.  Ini dapat menimbulkan permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Seterusnya, ini akan membantutkan perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.
 Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru bagi menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa.  Namun begitu, terdapat juga segelintir guru bahasa masih belum bersedia untuk mengubah keadah pengajaran mereka. Mereka masih menggunakan kaedah pembelajaran di bilik darjah dan hanya tertumpu kepada penggunaan papan tulis serta buku teks semata-mata . Guru-guru ini tidak mempunyai altenatif untuk mengubah kaedah  pengajaran bahasa.  Sebahagian mereka merasakan penggunaan pengajaran secara tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah.
 Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini dan ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.  Bagi guru-guru ini, penggunaan teknologi maklumat ini seolah-olah merupakan satu bebenan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997 ) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.  Walau bagaimanapun, masih terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi terbantut kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini.
 
 PENYELESAIAN MASALAH BAGI CABARAN DAN KEKANGAN  DALAM MEREALIASASIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
 Kekangan-kekangan yang dinyatakan tadi, sebenarnya boleh diatasi.  Dalam mengatasinya semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan bukan hanya tertumpu kepada guru sahaja malahan dari pihak kerajaan hinggalah masyarakat sekeliling.  Semua kekangan ini dapat dikurangkan jika pihak-pihak tadi bekerjasama dan bersatu padu.
 Jika kita lihat peranan dari pihak kerajaan di mana pihak kerajaan berperanan untuk memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya  penggunaan komputer  bagi mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan pada masa kini. Pelancaran Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat oleh Mantan Pedana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohamad pada 11 Oktober 1977 iaitu ketika beliau masih lagi menjadi Pedana Menteri, di mana melalui kempen tersebut pihak kerajaan juga memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup terutamanya bagi sekolah-sekolah yang berada di kawasan luar bandar.  Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal menjadi tenaga pengajar di sekolah. Kursus-kursus tersebut diadakan di universiti ataupun kursus-kursus semasa untuk guru-guru. Kerajaan juga perlu peka terhadap keperluan semasa pelajar dan masyarakat serta sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.  Ini dilakukan bagi mengatasi masalah kekangan guru yang kurang berpengalaman dalam mengakses internet dan persediaan mengajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
 Manakala, peranan pihak sekolah juga tidak kurang pentingnya. Pihak pentadbir sekolah tidak boleh hanya menunding jari kepada guru-guru sahaja sebaliknya perlu mempunyai strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.  Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah.  Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan dalam teknologi maklumat sekarang ini. Oleh itu, perancangan yang jelas perlu disediakan.
 Perancangan yang teratur dapat membantu untuk mereka bentuk dan mengurus program berkaitan dengan teknologi maklumat bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara progresif dan teratur.  Program yang dilaksanakan perlu disemak sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini penting dilakukan terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur dari Kementerian Pendidikan.  Program ini dirancang berdasarkan kepada malkumat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, Polisi Jabatan Pendidikan Negeri, polisi rasional penyelidikan tentang pengajarna dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002 ).  Bagi melaksanakan polisi  dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.  Pelan pembangunan ini termasuklah strategi pemantauan dan penilaian, spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.  Program pembangunan ini harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
 Seterusnya, pemimpin sekolah juga harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan agar dapat digunakan secara optimum oleh guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kecelaruan atau kekecohan tidak timbul di kalangan guru-guru.  Peranan penyelaras makmal komputer dan pusat akses mesti di pantau supaya budaya menyelenggara alatan perkakas sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penambahan komputer boleh diperoleh atas inisiatif PIBG dan pihak swasta.  Ini akan menambah lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
 
Selain daripada perancangan yang teliti, pekembangan dan pembangunan staf juga harus diberi perhatian oleh pemimpin sekolah.  Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi perlu diberi penekanan. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pentadbir sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian tentang keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan  instruksional.  Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan pelan pembangunan sekolah.
 Sekarang kita lihat pula peranan guru itu sendiri dalam mengatasi masalah kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi.  Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme, pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan.  Sementara teori kognitivisme pula menegaskan bahawa pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.  Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada.  Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktivtiti supaya objektif pembelajaran tercapai. Pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran.  Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.
 Sebelum pendekatan ini dilaksanakan guru perlu memberi pertimbangan yang teliti. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT.  Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian di akhir sesi pengajaran.  Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi manakala yang cemerlang diberi latihan berbentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
 Guru sebenarnya berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran boleh digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul.  Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru. Keadah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan–bahan daripada internet. Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Ini memudahkan pengajaran guru.
 Guru perlu memberi perhatian yang lebih apabila menggunakan keadah pembelajaran penerokaan ini.  Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperoleh tanpa memanipulasikan.  Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting.  Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elekreonik. Pengetahuan guru perlu lebih daripada murid tentang ICT ini.
 Sebenarnya, penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian teknologi maklumat dan komunikasi.  Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas.  Keadah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru berinteraksi daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia.  Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.  Strategi guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.
 Dilihat pula peranan sebagai seorang pelajar dalam mengatasi masalah kekangan dalam merealisasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar merupakan aset yang menentukan sama ada guru dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat ini. Melalui pengajaran menggunakan teknologi maklumat ini pelajar boleh menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek.  Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil.  Pelbagai projek disediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’ seperti tugasan mencari nama-nama Perdana Menteri dan kejayaan mereka dan sebagainya.  Pelajar hanya perlu mencari URL laman berkaitan. Pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan perlaksanaan tugasan atau projek.  Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain.Misalnya dalam pautan e-mail pelajar dan cadangan pelajar.
 Peranan masyarakat juga boleh dikatakan penting. Bagi memantapkan integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat.  Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan keadah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.  Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.  Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Akhir sekali, aspek fizikal perlu juga diberikan perhatian. Bahan bantu mengajar yang semasa seperti kemudahan teknologi maklumat dan kemunikasi (ICT) perlu digunakan untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Suasana bilik darjah juga perlu kondusif agar pemikiran murid-murid sentiasa bersedia untuk menerima pelajaran. Aktiviti pengukuhan melalui latihan yang sistematik akan meningkatkan penguasaan subjek Bahasa Melayu. Guru juga perlu menilai kerja murid mengikut kehendak peperiksaan awam agar kecemerlangan akademik murid-murid dapat direalisasikan.
                                                                      KESIMPULANNYA
 Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memang mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Walaupun, terdapat pelbagai kekangan dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, namum semua ini dapat diatasi dengan daya usaha semua pihak agar dapat member impak kepada pelajar-pelajar.


Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi dari semua pihak harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

     Nama :  Rozana Mohd Yusof
     K/P    :  660113-08-6386   

Monday, September 12, 2011

BROSUR

Soalan A :  PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU





Saturday, August 27, 2011

Senarai Rakan Seperjuangan  4A

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH
KURSUS PGSR AMBILAN NOVEMBER 2009
B210M0000C – BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
TUTOR: TN HJ IBRAHIM B BAKAR

Bil   Nama No. K/P

1.     ABDUL MALEK BIN SHAMSUDDIN  
2.     KU AZMAN BIN KU MAJID  
3.     MAHMAD ZAINI BIN NORDEN 
4.     MANSOR BIN MOHAMAD     
5.     MOHAMAD AZIZI BIN ISMAIL 
6.     MOHD RASHID BIN ADALAN 
7.     MOHD SHARIFDDIN BIN MAT SHARIP
8.     MOHD SHOKRI BIN AHMAD
9.     ROZALI BIN DARUS 
10.   SEBERI BIN ISMAIL 
11.   ZULKEFLEE BIN ARSHAD 
12.   ZULKIFLI BIN HARUN 
13.   HAJJAH MAZANA BT ISMAIL
14.   JUNAIDAH BT ZAINAL ABIDIN
15.   NABILAH BT ABDUL HAMID 
16.   NOOR FIJAH @ NORFIZAH BT DIN
17.   NORAINI BT ABDULLAH
18.   NORANI @ NORAZIZAH BT ADENAN
19.   NORHAYATI BT HUSIN
20.   NORLIAH BT MAT DARI @ MAT DIN
21.   RABIATUL ADAWIYAH BT ABDUL RAHMAN
22.   RAZIAH BT SAHARI
23.   ROGAYAH BT JAAFAR
24.   ROSLIZA BT RAMLI
25.   ROZANA BT MOHD YUSOF
26.   RUZIANA ROSNI BT ZAKARIA
27.   SALMAH BT YAHAYA
28.   SHAIDAH BT DAUD 
30.   ZAMHARIRAH BT HJ ADAM

Wednesday, August 24, 2011

RENUNGAN BERSAMA


ASAL USUL SOLAT & MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
Renungan kita bersama mudah2an kita berdua redha d murahkan rezeki...amin
ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun . Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar (Takbiratulihram) Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku... Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

SAMPAIKANLAH, WALAU SEBARIS AYAT

Sunday, August 21, 2011

ETIKA

GARISPANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELKTRONIK DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaa Internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi Internet dan e-mel.


TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

  Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menggangu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.

 Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet.

(a) Hak Akses Pengguna

Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.

(b) Memilih Laman

Laman yang dilayari dari Internet perlulah dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.

(c) Pengesahan Maklumat

Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amaln baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.

(d) Muat Naik Bahan

Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Jabatan sebelum dimuat naik.

(e) Muat Turun Bahan

Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawaj hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.

(f) Perbincangan Awam

Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan
tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.

 Perbincangan awam adalah dilarang daripada melakukan sebaran aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti :
(a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen;
(b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;
(c) menyedia, memuat naik, memuat turun, dan menyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah;
(d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;
(e) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board;
(f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain;
(g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;
(h) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet;
(i) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi;
(j) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;
(k) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
(l) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer; dan
(m) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet.



TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

  Setiap penjawat awam mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan. Salah satu contoh alamat e-mel rasmi ialah ahmad@jpm.gov.my. E-mel rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu e-mel rahsia rasmi dan e-mel bukan rahsia rasmi.

(a) E-mel Rahsia Rasmi

E-mel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasnu yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya samada Terhad, Sulit atau Rahsia Besar.

(b) E-mel Bukan Rahsia Rasmi

E-mel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi.

   Berikut adalah kaedah penggunaan e-mel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap agensi Kerajaan.
(a) Pemilikan akaun E-mel
Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang.
(b) Format
E-mel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh dan logo rasmi. Contoh format e-mel bukan rahsia rasmi adalah seperti di Lampiran A dan format bagi e-mel rahsia rasmi adalah seperti di Lampiran B.
Penggunaan huruf besar kandungan e-mel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian disamping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan.
Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan.
(c) Penghantaran
Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e-mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan ‘salinan kepada’ (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan ‘blind cc’ (bcc) tidak digalakkan.
Kemudahan ‘reply’ digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal dan ‘forward’ untuk memanjangkan e-mel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, e-mel penghantar hendaklah dijawab selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima. Kemudahan penghantaran e-mel jawab automatik semasa berada di luar pejabat bagi tempoh waktu yang panjang, boleh dipertimbangkan penggunaannya oleh Jabatan.
(d) Penghantaran Bersama Fail Kepilan
Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2
megabait. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.
(e) Penerimaan
Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui.
(f) Mengenal Pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(g) Penyimpanan
Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masing-masing.
Pengguna hendaklah memastikan jumlah e-mel yang disimpan di dalam kotak masuk e-mel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan.
(h) Pemusnahan dan Penghapusan
E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. ( contoh : draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur )
(i) Tarikh dan Masa Sistem Komputer
Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat.

  Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti :
(a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain;
(b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;
(c) menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;
(d) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;
(e) menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel born, e-mel sparm, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;
(f) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;
(g) menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan
(h) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.



KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL

  Internet dan E-mel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan e-mel perlu untuk melindundi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan e-mel bergantung kepada factor-faktor sokongan berikut.

(a). Keselamatan Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada pencerobohan atau sebarang bentuk capaian tidak sah.
(b). Keselamatan Dokumen Elektronik
Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis malicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa.
Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer sepanjang masa, manakala maklumat rahsia yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communication Technology Security Handbook(MyMIS), Buku Arahan Keselamatn dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987

“Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi(Pindaan) 1986“.

Sekiran Penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rasmi didalam komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar komputer untuk penyelenggaraan.
(c). Tandatangan Digital
Agensi Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaiti Pihak Berkuasa Persijilan (Certification Authority)
(d). Keselamatan Pengendalian E-mel Rahsia Rasmi
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesahihan e-mel rahsia rasmi iaitu:
i. penyulitan mesti dilakukan ke atas semua e-mel rahsia rasmi yang dihantar, diterima dan disimpan;
ii. penerima e-mel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahijan dokumen apabila tandatangani secara digital oleh pengirim;
iii. penerima mesti membuat akuan penerimaan e-mel rahsia rasmi sebaik sahaha menerimanya;
iv. e-mel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada pihak lain. Sementara e-mel bertanda sulit dan terhad yang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen;
v. e-mel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan; dan
vi. agensi perlu menentukan sistem e-mel rahsia rasmi yang disambungkan kepada Intenet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network

TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN SISTEM ICT

  Bagi memastikan pengendalian internet dan e-mel agensi beroperasi dengan sempurna dan berkesan, pentadbiran system ICT adalah bertanggungjawap:
(a) Menentukan setiap pengendalian akaun yang diwujudkan atau dibatalkan mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Pembatalan akaun (pengguna yang berhenti , bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat. Pentadbiran system ICT boleh membekukan akaun pengguna , jika perlu, semasa pengguna bercuti panjang , berkursus atau pun menghadapi tindakan tattertib;
(b) Menggunakan perisian pemecahan kata laluan yang dibenarkan untuk mengenalpasti kata laluan pengguna yang lemah dan kemudiannya mencadang dan memperakukan cirri-ciri kata laluan yang lebih baik kepada pengguna;
(c) Menghalang kemasukan maklumat dari laman internet yang berunsur ganas, lucah, permainan elektronik atas talian, judi dan lain-lain aktiviti yang dilarang;
(d) Menyimpan jejak audit selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan di dalam pelayan e-mel berkenaan, tertakhluk kepada kemampuan ruang storan, dan tiga (3) tahun di dalam media storan lain;
(e) Menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik dan e-mel secara storan berkala jika difikirkan perlu tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pengguna. Ini bertujuan pelaksanaannya mematuhi dasar dan tatacara yang ditetapkan;
(f) Melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban e-mel agensi. Penyimpanan media storan sama ada di luar atau di dalam kawasan mestilah mempunyai cirri-ciri keselamatan fizikal yang terjamin bagi mengelak daripada sebarang risiko seperti kehilangan maklumat bernilai;
(g) Memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya mengalami insiden keselamatan seperti pencerobohan system, serangan virus atau sebarang masalah kerosakan.Pentadbiran system ICT hendakalah mengurus dan menangani insidan yang berlaku dengan segera dan sistematik sehingga keadaan kembali pulih. Agensi juga perlu melaporkan setiap insiden kepada GCERT megikuti Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”; dan
(h) Melaksanakan penyelenggaraan ke atas system e-mel dengan baik dan menentukan segera patches terkini yang disediakan oleh pihak pembekal perisian dipasang dan berfungsi dengan sempurna.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

  Pengguna hendaklah mematuhi tatcara penggunaan Internet dan e-mel yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin.peranan dan tanggungjawap pengguna adalah seperti berikut:
(a) Mengugunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukan oleh kerajaan;
(b) Memaklumkan kepada pentadbiran system ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akuan telah disalahgunakan;
(c) Menggunakan kata laluan yang baik dengan cirri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Lampiran C.
(d) Memastikan setiap fail yang muat turun bebas dari virus sebelum digunakan
(e) Bertanggungjawap sepenuhnya terhadap semua kendungan fail elektonik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, professional dan berhati-hati apebila berkomunikasi menerusi saluran elektronik;
(f) Berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsure-unsur tidak menyenangkan;
(g) Mengdakan saliran atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan
(h) Memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang dialamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan;
(i) Menggunakan kemudahan password screen saver atau logkeluar apabila hendak meninggalkan computer;
(j) Memaklumkan kepada pentadbir system ICT sekiranya berada di luar pejabat dalam tempoh waktu yang panjang, bercuti atau bertukar tempat kerja bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan; dan
(k) Memaklumkan kepada pentadbiran system ICT atau pegawai keselamatan ICT (ICTSO) sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.

Enjin Pencari

Cabaran Memperkembang Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat
Apabila berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepa da bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia!
Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keem pat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain daripada manusia yang meng­gunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpadu an rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah men jadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sum ber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih ban yak pengarang, penyelidik, guru, pener bit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan kom puter, Internet, pangkalan data dan portal. Tanggungjawab memperkembang, memper tahankan dan memodenkan bahasa kebang saan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.
Inilah masanya untuk kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia kini sudah berpendidikan tinggi, maka seharusnya tahu melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif dan seharusnya mencontohi jejak langkah sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, misalnya dalam memperkembang bahasa Inggeris. Usaha itu sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan bantuan teknologi maklumat. Daripada pro jek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Technology Enhanced Language Learning (TELL) dan Computer Assisted Language Learning (CALL) yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia, kini sudah ada data bahasa terbaca mesin yang boleh diperoleh dalam CD-ROM, Internet dan pakej elektronik yang lain tentang bahasa Inggeris.
Peluang untuk melakukannya terbuka luas kini dengan semakin banyak alat bantuan sudah tersaji di hadapan kita. Minat kita terhadap bahasa Melayu sudah meningkat ekoran peningkatan penekanan negara asing terhadap pasaran ekonomi di Alam Melayu. Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekono mi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, men cari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup. Perjalanan itu bukan sahaja panjang, tetapi juga berliku-liku dan penuh ranjau. Segala-galanya, menuntut peningkatan intelektual rakyat Malaysia dan pengintelektualan bahasa Melayu. Untuk melaksanakannya, lebih banyak buku dan pengarang diper lukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang IT. Sehubungan itu, portal www.malaycivi lization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam lang kah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembang bahasa Malaysia sudah bertambah baik, semakin menjadi lebih menarik.

Penulis ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam & Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia