KKBI SEMANTIK DAN PERISTILAHAN (BMM3111)
Bil
|
Perkara
|
1
|
Sekapur sireh
|
2
|
Halaman pengakuan
|
3
|
Jadual Perlaksanaan Tugasan
|
4
|
Soalan Tugasan
|
5
|
Nota Bidang Semantik Bahasa Melayu
|
10
|
Analisis Teks Sastera (cerpen)
|
11
|
Refleksi
|
12.
|
Bahan rujukan
|
12
|
Lampiran
|
13
|
Borang Kolaborasi
|
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
1.1 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.
1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.
1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).
1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.
1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.
1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.
2. Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
2.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.
2.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.
2..3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
- Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.
3.1 Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
3.2 Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,
Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
3.3 Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
3.3.1 Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.
3.3.2 Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.
3.3.3 Perbilangan
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.
3.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
3.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
3.3.6 Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
3.3.7 Tamsil dan Ibarat
Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
3.3.8 Lidah Pendeta
Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
3.3.9 Pemeo
Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh:
Lebih baik mati daripada dijajah
Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.
3.3.10 Cogan Kata atau Motto
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI
4.1 Aspek-aspek Makna
Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu:
4.1.1 Pengertian (sense)
Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata.
4.1.2 Nilai rasa (feeling)
Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.
4.1.3 Nada (tone)
Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.
4.1.4 Maksud (intention)
Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.
Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.
4.1.4.1 Makna Emotif
Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau. Kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.
4.1.4.2 Makna Konotatif
` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.
4.1.4.3 Makna Kognitif
Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran.
4.1.4.4 Makna Referensial
Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses.
Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.
4.1.4.5 Makna Piktorikal
Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya.
4.2 Kelewahan Makna
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal.
Contoh:
alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya.
Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal.
Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).
4.3 Ketaksaan Makna
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Contoh:
1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.
Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.
Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.
5. Semantik dan Linguistik
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.
5.1 Sinonim dan Antonim
5.1.1 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
5.1.1.1 Sinonim Pinjaman
‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.
Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.
5.1.1.2 Sinonim Konteks
Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.
5.1.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”
“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
5.1.2 Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan
5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen
Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang-pendek, keras-lembik dan sebagainya.
Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
5.1.2.2 Antonim hubungan darjah
Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.
5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan
Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.
5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem
5.2.1 Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
5.2.2 Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.
5.2.3 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
- Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
6.1 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’.
6.2 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
7. Peristilahan Bahasa Melayu
7.1 Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.
Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
7.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
7.1.2 Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.
7.1.3 Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).
7.1.4 Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.
7.1.5 Gabungan
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.
7.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
§ Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
§ Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.
7.3 Peranan MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.
7.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.
7.5 Prinsip Pembentukan Istilah
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.
7.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan gristle
cahaya light
Kata kerja: pecut accelerate
Imbas scan
reka invent
Kata adjektif: kenyal elastic
Rawak random
Cemas anxious
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.
Contoh :
Cerpen cereka FELDA
tabika kugiran JKR
pawagam RISDA MRSM
MARA ADUN PJK
BERNAMA PLUS perhilitan
KOBENA BERNAS berdikari
7.5.2 Istilah Kata Terbitan
Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
7.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:
belajar pelajar pelajaran
bertapa pertapa pertapaan
bertani petani pertanian
7.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:
Menulis penulis penulisan tulisan
mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan
membesar pembesar pembesaran -
mengubah pengubah pengubahan -
7.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:
memberhentikan - pemberhentian - perhentian
-pembelajar pelajaran
7.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:
Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan
Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
mempelajari pelajar - pelajaran
7.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi Kesaksian
bermakna Kebermaknaan
terbuka Keterbukaan
penduduk Kependudukan
sesuai kesesuaian
7.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:
Gigi gerigi
susu tenusu
tapak telapak
kuncup kemuncup
sambung sinambung
7.5.3 Istilah Kata Ganda
Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.
7.5.3.1 Ganda Penuh
Contoh:
langit-langit kanak-kanak
labi-labi paru-paru
buku-buku guru-guru
7.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal
Contoh:
Tetikus rerongga jejari
Cecair rerambut kekisi
7.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian
7.5.3.4 Kata Ganda Berentak
Contoh:
Warna-warni Batu-batan
Serta-merta Bengkang-bengkok
Bolak-balik Hingar-bingar
Dolak- dalih Mundar- mandi
7.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)
Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.
7.5.4.1 Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam
7.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya
Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa pelarasan gaji
dalam talian atas talian
mengambil alih menerima pakai
penerima janji gelombang melintang
7.5.4.2 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi
7.6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU
7.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
§ kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
§ kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
§ kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
§ gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
§ nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
§ engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
§ dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
§ dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal
|
Istilah Bahasa Melayu
|
§ Atom
§ Electron
§ Professional
§ Psychology
§ Structure
§ Radio
§ Television
§ Radiography
|
§ Atom
§ Elektron
§ Profesional
§ Psikologi
§ Struktur
§ Radio
§ Televisyen
§ Radiografi
|
7.6.3 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
§ Sesuai maknanya;
§ Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
§ Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:
§ Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
§ Kemudahan belajar bahasa; dan
§ Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing
|
Istilah Bahasa Melayu
|
§ Campaign
§ Custom
§ Dengue
§ Grant
§ Pension
|
§ Kempen
§ Kastam
§ Denggi
§ Geran
§ Pencen
|
7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
|
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital
|
(b) Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
|
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi
|
a) Istilah Komputer
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Access
Bench mark
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
|
Capaian
Tanda aras
Kursor
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat
|
b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
|
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu
|
c) Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
|
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji
|
d) Fotografi
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
|
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex
|
e) Istilah Matematik dan Statistik
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
Aerial cable
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
|
Kabel arial
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
|
7.7 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:
Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)
7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
7.8.1 Definisi Singkatan
Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim.
Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :
a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)
b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus
hab - habitat
c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Tadika - taman didikan kanak – kanak
Cerpen - cerita pendek
Kugiran - kumpulan gita rancah
Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam - Panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial
d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:
JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
7.8.2 Definisi Lambang
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.
Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :
meter - meter - m
kilogram - kilogram - kg
second - saat - s
ampere - ampere - A
degree - darjah - K
candela - kandela - cd
radian - radian - rad
steradian - steradian - st
mole - mol - mol
hecto - hekto - h
centi - senti - c
mega - mega - M
giga - giga - G
7.9 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
7.9.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu
Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :
Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadith
Muslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat iman
Talak imam taubat haji ustazah
8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:
Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze Tung
Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan. Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita.
Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada. Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis.
Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku. Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.
Akar bebas
|
berimbuhan
|
gabungan
|
gandaan
|
prototaip
|
paradigma
|
anak
|
bertekad
|
tempat kerja
|
Cukup-cukup
|
shift
| |
suamiku
|
mencari
|
Bekerja shif
|
Berjalan-jalan
|
Komunikasi (communication)
| |
rumah
|
bekerja
|
Jadual kerja
|
Selama-lamanya
|
Stesen (station)
| |
stesen
|
menyukarkan
|
Kami berdua
|
Apa-apa
|
Teksi (taxi)
| |
shif
|
berdua
|
pergi balik
|
Fikir-fikir
| ||
jadual
|
berbekalkan
|
Duit kecemasan
|
Anak-anak
| ||
teksi
|
kecemasan
|
Anak kecil
| |||
duit
|
mencari
|
Melonjak keriangan
| |||
tambang
|
membahayakan
|
Tempat kerjanya
| |||
kota
|
melihat
|
Anak kecil
| |||
habuk
|
melonjak
|
Kampung halaman
| |||
flat
|
keriangan
|
Air mata
| |||
pintu
|
bertemu
| ||||
kampung
|
terjadi
| ||||
bertemu
| |||||
mendapatkan
| |||||
mengalir
| |||||
berumur
| |||||
bercakap
| |||||
menuju
| |||||
menahan
| |||||
berkunci
| |||||
menanti
| |||||
berusaha
| |||||
perjalanan
| |||||
berikrar
| |||||
mempastikan
| |||||
kehidupan
| |||||
terjamin
| |||||
bantuan
| |||||
menjadi
| |||||
pengajaran
| |||||
menganggap
|
ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “NEKAD”
| |||
Bil
|
Perkataan
|
Golongan kata
|
Catatan
|
1
|
bertekad
|
Kata kerja
|
Kata kerja terbitan
|
2.
|
dia
|
Kata nama
|
Kata ganti nama diri ketiga
|
3.
|
hanya
|
Kata tugas
|
Kata bantu ragam
|
4.
|
sedang
|
Kata bantu
|
Kata bantu aspek
|
5.
|
Cukup-cukup
|
Kata adjektif
|
Kata adjektif gandaan seluruh
|
6.
|
ke
|
Kata tugas
|
Kata sendi nama
|
7.
|
bodoh
|
Kata adjektif
|
Kata adjektif sifatan
|
8.
|
kerana
|
Kata tugas
|
Kata arah
|
9.
|
dalam
|
Kata tugas
|
Kata arah
|
10.
|
rumah
|
Kata nama
|
Kata nama am konkrit
|
11.
|
dua
|
Kata tugas
|
Kata bilangan tentu
|
13.
|
apa
|
Kata tugas
|
Kata tanya
|
14.
|
sekiranya
|
Kata tugas
|
Kata hubung pancangan keterangan
|
15.
|
teksi
|
Kata nama
|
Kata nama konkrit
|
16.
|
memang
|
Kata tugas
|
Kata penegas
|
17.
|
longlai
|
Kata adjektif
|
Kata adjektif sifatan
|
18.
|
sekali
|
Kata tugas
|
Kata penguat belakang
|
19.
|
amat
|
Kata tugas
|
Kata penguat hadapan
|
20.
|
kehidupan
|
Kata nama
|
Kata nama am abstrak
|
21.
|
perjalanan
|
Kata nama
|
Kata nama am abstrak
|
22.
|
sudah
|
Kata tugas
|
Kata bantu aspek
|
23.
|
halaman
|
Kata nama
|
Kata nama am konkrit
|
24.
|
bantuan
|
Kata kerja
|
Kata kerja terbitan
|
25.
|
walau
|
Kata tugas
|
Kata hubung pancangan keterangan
|
Bil
|
Frasa
|
Jenis Frasa
|
Kajian Semantik
|
Keterangan
|
Contoh Ayat
|
1.
|
walaupun
|
Frasa sendi nama
|
Kata hubung pancangan keterangan
|
Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.
|
Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.
|
2.
|
Alamat : petanda
|
Frasa nama
|
Medan makna (sinonim)
|
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
|
Aku hanya tahu alamattempat kerjanya.
|
3.
|
sedang
|
Frasa sendi
|
Kata bantu aspek
|
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.
|
Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedangbekerja.
|
4.
|
bekerja
|
Frasa kerja
|
Kata kerja aktif
|
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
|
Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu.
|
5.
|
Cukup-cukup
|
Frasa adjektif
|
Kata adjektif ukuran
|
Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
|
Berbekalkan duit yangcukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota.
|
6.
|
Duit : wang
|
Frasa nama
|
Medan makna (sinonim)
|
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
|
Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan itu aku pergi
mencari dia ke kota.
|
7.
|
bodoh
|
Frasa adjektif
|
Kata adjektif sifatan atau keadaan
|
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama
|
Aku tahu tindakanku ini amatbodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.
|
8.
|
dua
|
Frasa sendi nama
|
Kata bilangan
|
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
|
Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi
|
9.
|
mendapatkan
|
Frasa kerja
|
Kata kerja aktif transitif
|
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
|
Tiba di stesen aku terusmendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya.
|
10.
|
deras
|
Frasa adjektif
|
Kata adjektif
|
Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam , sebagai penerang kata nama.
|
Air mataku mengalir deras.
|
11.
|
longlai
|
Frasa adjektif
|
Kata adjektif sifatan atau keadaan
|
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
|
Aku melangkah denganlonglai hanya satu arahku menuju ke rumahnya.
|
12.
|
anak kecil
|
Frasa nama
|
Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)
|
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
|
Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan.
|
13
|
dalam
|
Frasa nama
|
Kata arah
|
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk
menunjukkan hala atau jurusan.
|
Aku akan pergi dari
kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.
|
14.
|
segala
|
Frasa sendi
|
Kata bilangan
|
Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
|
Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.
|
Berdasarkan teks ini, kami cuba melihat dari sudut peristilahan Bahasa Melayu. Istilah ialah:
(a) Pinjaman terjemah
(b) Pinjaman terus
Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:
1. Antonim:
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.
Menyukarkan - memudahkan
Bodoh – pandai
Suami – isteri
Malang – untung
Kecil – besar
Petah – gagap
Deras – perlahan
Menangis – ketawa
Longlai – gagah
2. Sinonim:
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Duit – wang
Bodoh – dungu
Pergi – bertolak, berangkat
Keriangan – kegembiraan
Mengerti – tahu
Berita – khabar
Bimbang – khuatir
Bertemu – berjumpa
Nekad – tabah
Stesen – perhentian
Malang – tidak bernasib baik
Petah - gagap
Nampak – lihat
Berkunci – bermangga
Pulang – balik
Menanti – menunggu
Menangis – ketawa
Pengajaran – pedoman
3. Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
Rumah :
Rumah banglo
Rumah teres
Rumah pangsa
Rumah papan
Rumah berkembar
Rumah rehat
Rumah sewa
Rumah kedai
Rumah kongsi
Rumah mayat
Rumah pam
Stesen:
Stesen bas
Stesen keretapi
Stesen minyak
Stesen teksi
Stesen kaji cuaca
Stesen angkasa lepas
Jam:
Jam tangan
Jam dinding
Jam loceng
Jam randik
Jam penggera
Jam matahari
Jam air
Jadual:
Jadual waktu
Jadual kerja
Jadual belajar
Jadual tuisyen
Jadual bertugas
Jadual perjalanan bas
Jadual peperiksaan
Duit:
Duit syiling
Duit kertas
Duit raya
Duit zakat
Duit sedekah
Duit rasuah
Duit pengeras
Duit simpanan
Duit palsu
Duit judi
Kering:
Lada kering
Daun kering
Ikan kering
Udang kering
Hati kering
4. Homonim:
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.
“Alamat “ dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud alamat rumah.
“Alamat” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai petanda akan berlakunya sesuatu.
“Sedang” dalam petikan ini adalah membawa maksud sedang melakukan sesuatu.
“Sedang” dalam konteks lain mungkin membawa maksud menceritakan saiz sesuatu yang tidak kecil dan tidak besar.
5. Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Perkataan “berada” di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.
Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.
- Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kesedihan.
(i) “Memang malang nasibku kerana dia tiada”.
Perkataan “malang” dalam ayat di atas membawa maksud berasa kecewa kerana hasrat yang tidak tercapai untuk bertemu dengan suaminya.
- Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.
(i) “Melihat wajah sikecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.”
Perkataan “melonjak keriangan” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen di atas berasa sangat gembira kerana dia berpeluang berjalan-jalan di kota.
- Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.
(i) “Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi.”
Perkataan “bimbang” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “risau”,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang.
- Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.
(i) “Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.”
Frasa “tak pasti di mana dia berada” membawa maksud watak dalam cerita ini tidak tahu lokasi suaminya berada ketika dia ke rumah suaminya dengan menaiki bas.
Teks ini mementingkan aspek sebutan, intonasi dan perbendaharaan kata. Cerita ini melambangkan kesedihan seperti di dalam sinopsis di bawah.
SINOPSIS CERITA
Cerita ini mengisahkan seorang isteri yang hidup menderita kerana telah ditinggalkan oleh suaminya. Dia tidak pasti di mana suaminya berada sekarang. Demi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya, dia telah nekad membawa anak kecilnya ke kota dengan berbekalkan sedikit wang sebagai perbelanjaan. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama dua jam, dia berasa begitu gelisah kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan suaminya. Dia telah bertekad iaitu jika tidak Berjaya bertemu dengan suaminya, dia akan kembali ke kampong halaman dan tidak akan menemui suaminya lagi. Dia sudah pasrah dan akan menerima apa juga ketentuan. Dia lebih mengutamakan kehidupan anak-anaknya.
TEMA
Cerpen ini bertemakan kekecewaan hati seorang isteri yang telah ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita.
PERSOALAN
Cerpen ini membawa satu situasi yang dialami oleh seorang isteri yang berkeadaan serba salah disebabkan suaminya bertindak menghilangkan diri. Disebabkan dia menghadapi satu masalah besar iaitu rumahnya hendak disita, maka dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke kota untuk mencari suaminya. Sekiranya suaminya gagal ditemui, dia telah mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung halaman demi untuk kesejahteraan anak-anaknya. Dia tidak lagi memerlukan suaminya.
Kesimpulan
Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.
REFLEKSI
Saya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga menyiapkan KKBI ini telah menghadapi berbagai jenis halangan. Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk difahami.
Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah.
Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang sangat berguna untuk diketahui oleh saya . Maklumat ini akan saya gunakan untuk memantapkan lagi mutu pengajaran dan penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian.
Tugasan KKBI ini telah mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh saya selaku seorang pelajar PGSR Bahasa Melayu.
Melalui KKBI ini juga, saya berpeluang membuat kajian terhadap analisis cerpen yang bertajuk “Nekad”. Cerpen ini walaupun kelihatan pendek sahaja, tetapi mempunyai banyak aspek bahasa yang boleh dikaji. Bidang kajian pula boleh terdiri daripada berbagai sudut yang terdapat di dalam bidang sintaksis. Analisis teks cerpen ini memerlukan saya banyak membuat rujukan daripada buku “Tatabahasa Dewan”
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk “Nekad”. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan dan puan.
Artikel ini benar-benar makalah ilmu yang mesti
ReplyDeletedigarap.Tahniah dan terima kasih.
asmkm, tahniah dan tk untuk artikel yang sangat ilmiah ini sebagai bahan rujukan...
ReplyDeleteSalam. betul ke ni KKBI BMM3111 Semantik? Saya rasa start 5.0 sampai habis ialah BMM3109 Morfologi.
ReplyDeleteNi kk bmm3109
ReplyDelete